Saturday, 31 December 2011

Bukak Sekolah!

Yeay! Dah nak buka sekolah pada hari Rabu nanti. Teruja, malas, gembira, semuanya bercampur-baur dalam perasaan saya! Hehehe, awak semua macam mana? Terasa rindu pula mahu bersua muka dengan sahabat-sahabat saya di sekolah. Lagipun, tahun 2012 ini adalah tahun terakhir saya menjadi pelajar sekolah rendah. =D  Hmm.. sebenarnya saya gembira kerana penulis pujaan saya iaitu Kak Ain Maisarah menjawab mesej saya. Mungkin bagi awak semua, 'tidak penting pun. Itu pun mahu kecoh!' benarkah? Aik, tersasar pula dari tajuk asal post saya ini! :)  Apa-apa pun, HAPPY NEW YEAR! 

p/s: mungkin tiada siapa baca blog saya, tetapi saya rasa lega dapat bercerita di sini. Hehehe, sekian. ^__^

Friday, 23 December 2011

Jom 'LIKE' beramai-ramai~

Kamu semua kenal tak dengan novelis remaja Ain Maisarah? Siapa tak kenal, cepat cari di kedai buku yang tertera namanya ya! Insyaallah, kamu semua tertarik dan minat dengan kak AinMaisarah selama-lamanya! Hahahhaha! Eh, terlebih-lebih pulak. Hehhee :D  Okay, straight to the point, saya mahu share-kan fanpage kak ain kepada kamu semua! LIKE, jangan tak LIKE! ^__^ Lagi 100 orang akan tercapai angka 62,000 para likers!


AinMaisarah Novelis
Ini adalah senarai buku yang sudah terbit dan senarai buku dalam perancangan AinMaisarah. Siri Aku Mahu 1) Aku Mahu Popular (RM14.50) 2) Aku Mahu Saiz S (RM16.00) 3) Aku Mahu Teman Tapi Mesra (RM16.00) 4) Aku Mahu Buli (RM16.00) 5) Aku Mahu Ke New York 1 (RM16.00) 6) Aku Mahu Ke New York 2 (RM17.00) 7) Aku Mahu Superbibik (RM17.00) [bersama Izanor Sharif] 8) Aku Mahu Lawan Hantu (RM16.00) [be...See More
Page · 61,906 like this

Friday, 9 December 2011

Update Gambar ^_^!

Hellow.. Assalamualaikum, ingat tak? Saya masih belum bubuh gambar saya bersama my favourite author iaitu Kak AinMaisarah sendiri.. Okay, sekarang saya sudah dapat gambar itu kerana Kak AinMaisarah baru sahaja masukkan gambar-gambar baru sepanjang Perjumpaan Tahunan Pembaca Ain Maisarah dan akhrinya ada juga gambar saya. Mahu lihat? Ini dia ^__^ :


Ini gambarnya! Okey tak? Hehehe.. Sampai sini sahaja blogku.. ^_^

Thursday, 8 December 2011

MPH Carnival 2011! I'm Coming ^_^!

Hai, hai, hai! Wohoo! Saya sebenarnya tak sabar mahu pergi ke MPH Carnival  nanti yang diadakan di Mid Valley Exhibition Center! Saya mahu beli buku Kak AinMaisarah yang saya tidak beli lagi. Mahu tahu buku nukilan Kak AinMaisarah yang saya bercadang mahu beli? Inilah senarainya ^_^ :

                        1) Aku Mahu ke New York 1
                        2) Aku Mahu ke New York 2
                        3) Aku Mahu Teman Tapi Mesra
                        4) Aku Mahu Buli
                        5) BSB: Juara Rumah Sukan               
                        6) BSB: Kini Berwajah Baru
                        7) Tak Bisa Memilihmu
                        8) Impiana 1
                        9) Projek AinMaisarah : Projek Fesyen

Ha, di atas inilah antara buku-buku yang saya mahu beli. Sebenarnya, kesemua buku-buku di atas saya sudah baca. Tapi saya mahu mengumpul koleksi buku-buki Kak AinMaisarah. Kemungkinan di antara awak semua, mungkin ada yang berfikir saya ini mahu membazir duit sahaja. bagi saya tidak! Tidak sama sekali. Jadi, marilah kita serbu MPH Carnival 2011 nanti! Diadakan sepanjang 8- 12 Disember! Okay.. setakat sini sahaja~ ^_^

Friday, 2 December 2011

Yay! Chaiyok ^__^ !

Assalamualaikum.. Hello my friends, umm.. do i have friends in this blog?? never mind.. okay, HELLO MY PINKISY BLOG!! ^__^  Sebenarnya, saya sekarang dah ada idea untuk membuat cerpen ataupun novel yang tidak tebal! Saya ada terfikir semalam, waktu tengah nak tidur. Selalunya orang dapat idea ni waktu malam. Jadi sebelum saya tidur semalam, saya pun fikirkan cerita apa yang nak dibuat secara TETAP! Saya nak buat cerita mengenai :  malas nak terangkan.. saya bagi tajuknya sahaja, sudah cukup untuk blog saya faham. Iaitu, 'DEMAM KOREA'! Okay tak? Bagi saya okey sangat! Kalau ada yang kata biasa sahaja, takpe.. Okay, saya nak mulakan cerita saya! Chaiyok! ^__^

Song of mine ^,^