Friday 6 January 2012

Hahahaha!

Hahahaha! Sedar tak, yang aku dah buang lencana penggunaan BMT? Kalau sedar bagus. Ni aku nak cakap nape nih. Sebab memang bagus guna BMT, tapi kadang-kadang aku nak jugak rasa bebas. Yalah, ini blog aku, yang like tu pun, bukan baca sangat pun. Lebih kepada private. So, takpelah kan? But sometimes, in facebook, aku guna BMT untuk cakap dengan sesetengah orang..Huh, nak sambung lagi nih, tapi keluarga dah kepung nak baca entri blog aku.. urghh!! Bai semua

Memo in darjah 5.. So beautiful! :'(

Waaa! Hidup senior di SK Taman Melati taklah seindah yang disangka! Aku rindu waktu aku darjah 5, BFF aku, kedudukan aku, guru-guru, semuanyalah! First:

     1) Cikgu darjah 5 lagi best, lagi memahami, cikgu darjah 6, hampir kesemuanya barisan guru disiplin. Tak boleh buat main nih! >.<

     2) My bff, Nurin! Rindunya kat dia. Sob.. sob.. :'(

     3) Kedudukan aku, maksudnya dekat mana aku duduk. Darjah 5, aku dapat duduk tepi Nazmi, si pandai, si kecik, dan si mangsa buli! Hahaha #evillaugh# Takdelah buli sangat.. ;) JANGAN SALAH FAHAM OKAY! Okay, aku sambung.. Dapat duduk dekat dengan Ammar Manaf, si pelawak berkompromi ngan Ikhram! Hehehe, dapat duduk dengan kawan rapat, dapat duduk barisan tengah, MY FAV PLACE! Tapi, darjah 6, duduk belakang sekali, semuanya terasing, BFF pindah.. huhuhu..

     4) Darjah 6, disekat membeli novel banyak sebelum UPSR, urghh! Tapi ni okay lagi. But still! Asyik ulang buku cerita sama ajer.. Bosan tahu!

     5) Kelas darjah 5 dulu lagi cantik dari kelas darjah 6 sekarang. (Tu pun nak amik kira? YES!)

     6) Perlu kurangkan sikap main ketika menjalankan tugas sebagai pengawas sebab nanti dikritik dan menjadi contoh tak baik oleh pengawas junior. Alahhh... :( Boringnya..

     7)  Nak tahu lagi? tak payahlah.. night-night bloggy.. :)

Sunday 1 January 2012

Berusaha!

Assalamualaikum. Sebenarnya saya sedikit hampa, cerita saya baru sahaja tiga mukasurat. Sedikit bukan? Ya, saya tahu. Kadangkala saya berasa mahu putus asa. Idea tidak datang. Tetapi apabila saya membaca satu artikel mengenai 'How to be a good writer', terus saya bersemangat semula. Ya, saya menjadi bersemangat setelah mendapat tips-tips berguna. Sinopsis yang saya postkan di facebook mendapat komen yang baik buat masa sekarang. Jadi saya menjadi lebih lagi bersemangat! Dengan apabila penulis pujaan saya memberi pendapat yang menggembirakan, lagilah! 

p/s: adakah saya terlebih bersemangat? Hehehe.. Apa-apa pun, SAYA PERLU TERUSKAN CERITA SAYA! Jangan putus asa! ^_____^

Saturday 31 December 2011

Bukak Sekolah!

Yeay! Dah nak buka sekolah pada hari Rabu nanti. Teruja, malas, gembira, semuanya bercampur-baur dalam perasaan saya! Hehehe, awak semua macam mana? Terasa rindu pula mahu bersua muka dengan sahabat-sahabat saya di sekolah. Lagipun, tahun 2012 ini adalah tahun terakhir saya menjadi pelajar sekolah rendah. =D  Hmm.. sebenarnya saya gembira kerana penulis pujaan saya iaitu Kak Ain Maisarah menjawab mesej saya. Mungkin bagi awak semua, 'tidak penting pun. Itu pun mahu kecoh!' benarkah? Aik, tersasar pula dari tajuk asal post saya ini! :)  Apa-apa pun, HAPPY NEW YEAR! 

p/s: mungkin tiada siapa baca blog saya, tetapi saya rasa lega dapat bercerita di sini. Hehehe, sekian. ^__^

Friday 23 December 2011

Jom 'LIKE' beramai-ramai~

Kamu semua kenal tak dengan novelis remaja Ain Maisarah? Siapa tak kenal, cepat cari di kedai buku yang tertera namanya ya! Insyaallah, kamu semua tertarik dan minat dengan kak AinMaisarah selama-lamanya! Hahahhaha! Eh, terlebih-lebih pulak. Hehhee :D  Okay, straight to the point, saya mahu share-kan fanpage kak ain kepada kamu semua! LIKE, jangan tak LIKE! ^__^ Lagi 100 orang akan tercapai angka 62,000 para likers!


AinMaisarah Novelis
Ini adalah senarai buku yang sudah terbit dan senarai buku dalam perancangan AinMaisarah. Siri Aku Mahu 1) Aku Mahu Popular (RM14.50) 2) Aku Mahu Saiz S (RM16.00) 3) Aku Mahu Teman Tapi Mesra (RM16.00) 4) Aku Mahu Buli (RM16.00) 5) Aku Mahu Ke New York 1 (RM16.00) 6) Aku Mahu Ke New York 2 (RM17.00) 7) Aku Mahu Superbibik (RM17.00) [bersama Izanor Sharif] 8) Aku Mahu Lawan Hantu (RM16.00) [be...See More
Page · 61,906 like this

Friday 9 December 2011

Update Gambar ^_^!

Hellow.. Assalamualaikum, ingat tak? Saya masih belum bubuh gambar saya bersama my favourite author iaitu Kak AinMaisarah sendiri.. Okay, sekarang saya sudah dapat gambar itu kerana Kak AinMaisarah baru sahaja masukkan gambar-gambar baru sepanjang Perjumpaan Tahunan Pembaca Ain Maisarah dan akhrinya ada juga gambar saya. Mahu lihat? Ini dia ^__^ :


Ini gambarnya! Okey tak? Hehehe.. Sampai sini sahaja blogku.. ^_^

Thursday 8 December 2011

MPH Carnival 2011! I'm Coming ^_^!

Hai, hai, hai! Wohoo! Saya sebenarnya tak sabar mahu pergi ke MPH Carnival  nanti yang diadakan di Mid Valley Exhibition Center! Saya mahu beli buku Kak AinMaisarah yang saya tidak beli lagi. Mahu tahu buku nukilan Kak AinMaisarah yang saya bercadang mahu beli? Inilah senarainya ^_^ :

                        1) Aku Mahu ke New York 1
                        2) Aku Mahu ke New York 2
                        3) Aku Mahu Teman Tapi Mesra
                        4) Aku Mahu Buli
                        5) BSB: Juara Rumah Sukan               
                        6) BSB: Kini Berwajah Baru
                        7) Tak Bisa Memilihmu
                        8) Impiana 1
                        9) Projek AinMaisarah : Projek Fesyen

Ha, di atas inilah antara buku-buku yang saya mahu beli. Sebenarnya, kesemua buku-buku di atas saya sudah baca. Tapi saya mahu mengumpul koleksi buku-buki Kak AinMaisarah. Kemungkinan di antara awak semua, mungkin ada yang berfikir saya ini mahu membazir duit sahaja. bagi saya tidak! Tidak sama sekali. Jadi, marilah kita serbu MPH Carnival 2011 nanti! Diadakan sepanjang 8- 12 Disember! Okay.. setakat sini sahaja~ ^_^

Song of mine ^,^