Monday, 28 November 2011

Perjumpaan Tahunan Pembaca Kak AinMaisarah!

Buat sesetengah orang, ada yang sudah tahu bahawa saya mempunyai minat terhadap seorang novelis yang cute-miut yang bernama Ain Maisarah! Kak Ainlah yang telah membuatkan saya minat untuk membaca novel dan buku cerita. Memori semasa berjumpa dengan Kak AinMaisarah memang membuatkan saya teruja yang teramat sangat! Siap dapat free gift lagi tu, sebab saya telah menghadirkan diri sebanyak dua kali. Pada hari Sabtu (26 november 2011) dan hari Isnin (28 november 2011). Selain itu, saya juga dikira sebagai peminat yang aktif dalam facebook. Jadi dapatlah sedikit saguhati yang comel. Saya juga dapat berbual mesra dengan Kak Ain, dapat tandatangannya dan juga dapat mendengar bengkel penulisannya. Memang best yang teramat! Saya pun masih belu habis membuat koleksi buku-buku nukilan Kak Ain Maisarah. Masih ade lagi sembilan buah buku. Buku-buku Kak Ain Maisarah adalah paling menarik pernah saya baca! Gembiranya saya! Temanya juga berwarna pink polkadot! Memang comel. Makanannya pun sedap-sedap belaka. Memang saya tidak akn lupa dengan memori manis ini. Hehehehe.. =D

No comments:

Post a Comment

Song of mine ^,^