Assalamualaikum. Sebenarnya saya sedikit hampa, cerita saya baru sahaja tiga mukasurat. Sedikit bukan? Ya, saya tahu. Kadangkala saya berasa mahu putus asa. Idea tidak datang. Tetapi apabila saya membaca satu artikel mengenai 'How to be a good writer', terus saya bersemangat semula. Ya, saya menjadi bersemangat setelah mendapat tips-tips berguna. Sinopsis yang saya postkan di facebook mendapat komen yang baik buat masa sekarang. Jadi saya menjadi lebih lagi bersemangat! Dengan apabila penulis pujaan saya memberi pendapat yang menggembirakan, lagilah!
p/s: adakah saya terlebih bersemangat? Hehehe.. Apa-apa pun, SAYA PERLU TERUSKAN CERITA SAYA! Jangan putus asa! ^_____^
No comments:
Post a Comment